Sunday 12 January 2014

Snowflake. Taiwan. Sedap.

Semalam, dalam jam 7 petang aku dan 3 orang lagi rakan- memaniskan lidah dan menaikkan kadar glukosa dalam badan dengan menjamu Snowflake. Iya unta-unta, biasalah orang perempuan + benda-benda manis, memang dah bro kan? Memang dah geng lama dah. Sepanjang usia dewasa aku ni, aku baru melahap snowflake ni 2 kali, dan dua-dua pun aku baru pertama kali mencuba tahun ini. Sounds loser kan? Sebabnya aku sejenis unta yang menimbang harga dan kebarangkalian kuantiti yang besar bila-bila aku nak membeli atau mencekik sesuatu. Tetapi snowflake ni boleh tahan pricingnya- pada harga MYR 6.90 kau berpeluang merasa nikmat mangga, biji-biji barli manis, ketul-ketul segi empat tepung ubi kenyal colour oren + hijau, cincau yang bertebaran merata-rata, biji-biji pearl yang aku cinta sangat-sangat( tapi aku tak selalu beli) dan gumpalan halus ais manis yang tak terlalu manis macam manis Melayu yang menjejer penuh nikmat masuk ke tekak kau. Itulah nikmat. Saudagar unta macam aku ni seorang yang menghargai makanan, especially kuih-kuih dan manisan- 2 jenis nikmat ini selalu dekat dihati aku, punya tempat istimewa yang jauh lebih istimewa daripada perkara-perkara mainstream yang lain, contohnya baju-baju ka, seluar-seluar ka, atau accesories-accesories. Buku dan makanan, inilah yang memberi jiwa kepada jiwa aku- seorang saudagar unta yang berjaya. Bunyi macam bullshit kan?

 Ini Snowflake best-seller versi sejuk ais punya. Aku jatuh cinta pada suapan pertama, dan suapan-suapan yang seterusnya. Nampak tak ketul-ketul oren dalam mangkuk itu? Aku paling cintakan itu. Sedap, sampai aku nak buat sujud syukur. 

Ini Snowflake Mt.Taroballs. Ini menu yang aku hadam semalam dengan kwan-kawan. Mt. Taroballs ini buat aku bersyukur hidupnya orang-orang cina dalam kalangan kita, kerana budaya manisan mereka- sesungguhnya nikmat dan mengasyikkan. Tapi jangan risau wahai unta-unta, budaya manisan dan kuih-kuih Melayu masih melekat dalam tekak aku. Hari-hari asyik makan ikan tamban, kadang-kadang nak juga merasa melahap kelah ka, patin ka, flowerhorn ka, takpun arowana ka. Baru ada penis kan?

Thursday 9 January 2014

Mt.Fuji. Aiskrim. Potong. Kacang Merah. Sedap.

Jepun. Aku selalu terfikir, apa rasanya dapat memijakkan kaki dibumi Mt Fuji yang terkenal tu. Dalam gambar-gambar yang selalu aku google, Mt Fuji nampak macam ais krim. Dengan putih salji yang berkumpul diatasnya, memang saling tak ubah macam ais krim Cornetto double-chic chocolate yang selalu adik lelaki aku beli pada harga 3.80 sebatang di Speedmart tu. Oops, kampung aku belum ada Speedmart lagi. Yang ada hanyalah mini mart, owned by Wamau, atau Mamau, gelaran popular yang adik lelaki aku selalu guna semasa zaman lidah dia pelat dulu. Wamau ni berniaga dah lama, seingat aku dari zaman aku berhingus, tak tahu coli tu apa dan masih lagi berak di sungai. In fact, sampai umur aku 24 tahun which means last year, aku masih lagi menggunakan komoditi sungai sebagai jamban utama aku, walaupun sekarang rumah aku sudah ada dua bilik air. Yang ini tak ada kaitan dengan apa yang cuba aku sampaikan disini. Apa yang aku paling suka tentang mini mart Wamau ni? Aku sukakan orangnya. Wamau ni cepat mesra, sukakan budak-budak, efisien dan bertanggungjawab orangnya. Dekat rumah aku tak tahulah, tapi penilaian ini dibuat berdasarkan kekerapan aku ke kedai membeli barang-barang basah, tisu, gula-gula import Thailand, dedak ayam, dedak ikan, penyapu, berus sabut, jag plastik enam cawan, mangkuk plastik ayam, penggosok periuk  dan tak ketinggalan, b-daman. Arwah mak aku paling suka mini mart Wamau, sebab dalam kampung aku, kedai runcit yang paling bersih dan menepati standard ISO adalah mini mart Wamau. Baiklah, kau boleh bayangkan rupa kedai melayu dikampung aku; ikan-ikan segar yang sudah busuk perut, ayam dah tak ada rupa ayam, macam muka David Blaine yang terkurung  dalam icebox dia yang famous tu, bawang hitam-hitam dan busuk-busuk, pengudaraan failed, even though abang Melayu ada sikit tampan rupawan, rak barang-barang runcit yang tak pernah disedut habuknya dan barang-barang 5 tahun lepas, masih dijual disini. Bayangkan saja, tak apa aku maafkan. Aku bukan kroni, rasis dengan bangsa sendiri atau apa, tapi kalau dah macam tulah ghupe kedainya, kome nak masuk ke? Baik teman pergi kedai Wamau. Kurang-kurang resdung  5% aku terjaga, dan mata bundar aku ni tak sakit tengok tepung bercampur dengan kicap, ubat nyamuk Fumakilla sekali campur rak gula gula, dan sabun BioZip disusun diatas rak paling belakang, tempat jin bertandang. Baiklah, jauh aku melalut, kembali dengan isu Mt Fuji aku tadi. Ada apa dengan negara kuasa ekonomi ketiga terbesar didunia ini? Bunga sakura? Klise dah. Aku dah jemu tengok dah. Haha tak, aku tipu. Aku hanya pernah tengok bunga Sakura dalam anime, ya dalam Diamond Dust of Rebellion. Si pendek yang bawa pedang samurai sampai boleh keluar naga hijau tu character favourite aku.  Baiklah, Jepun ini pada aku adalah budaya, sama macam China, India, Greece, Indonesia, atau yang sama negara dengannya. Negara yang kaya dengan budaya, adalah negara yang paling mendapat tempat di hati aku. Contohnya Indonesia. Walaupun sesetengah orang kata apa yang datang dari Indonesia itu sampah, tapi aku tak setuju. Indonesia pada hemat aku adalah negara yang kaya leluhur, penuh dengan warisan nenek moyang yang dipertahankan zaman berzaman, dan paling penting, mereka cintakan bahasa dan bangsa mereka. Sejak zaman Broery Marantika, hinggalah zaman Republik dengan lagu Sandiwara Cinta, kita selalu menjadi pemuja karya-karya mereka. Sebab apa? Kerana mereka cintakan bahasa, dan lagu-lagu Melayu Malaysia kita tak macam tu pun. Sejak Etnik Kreatif dibubarkan dalam kategori lagu-lagu yang dipertandingkan dalam Juara Lagu, negara kita sudah hilang tokoh, dan penyanyi yang sedia ada, tiada wibawa untuk menyanyikan lagu-lagu asli. ‘Adalah, siapa cakap tak ada? Nun di Johor, masih ada orang yang menyanyikan keroncong’. Iya, ada tu memanglah ada, tapi kau nak beli ke album dia kalau dia jual? Tak nak kan? Berbalik kepada Jepun. Jadi selain budaya, faktor negara itu punya banyak mangaka, anime dan manga yang bagus-bagus menarik hati dan minda kebudak-budakkan aku ni untuk menjadikan Jepun  sebagai destinasi wajib melancong sebelum umur aku 50 tahun nanti. Yalah, sekarang gaji aku 2400.00, tolak ansuran kereta 500.00, duit sewa dan utiliti 150.00, elaun khas ahli keluarga 300.00, minyak lagi? Toll lagi? Tolak campur biskut-biskut, jajan-jajan semasa on the way balik kerja atau balik kampung lagi? Duit b-daman adik aku lagi? Satu b-daman dah 14.00. hah sendiri kiralah kalau setiap kali aku balik, dia mencopet 14.00 dari dompet Ben-10 aku ni. Jadi sebelum 50 tahun itu angka paling relevan bagi aku, memandangkan Jepun antara negara yang boleh tahan belanjanya: dapatkan visa, beli ticket flight, book hotel, cari kedai makan lagi, nak jalan-jalan lagi. Lebih-lebih lagi, budaya membaca dalam kalangan rakyat jepun merupakan inspirasi buat aku, untuk turut sama menyuburkan budaya yang sama didalam household aku. Macam inilah, dek kerana tak membaca, kebanyakan ahli keluarga termasuklah aku tidak boleh memberikan pendapat secara berhemah, pandangan biasanya diluahkan membabi buta dan paling utama, without knowledge. Satu unit keluarga pada aku ibarat kapal kosong. Ada nakhoda, ada awak-awak, ada tekong, tapi tanpa sebarang ilmu untuk melayarkan kapal, sudahnya tersadai ditepi jeti jelah kapal tu. Macam itulah keluarga aku dulu ibaratnya. Jadi aku mengambil contoh Jepun sebagai modul mengimarahkan sifat sayangkan buku dalam kalangan adik beradik aku. Tetapi modul yang aku terapkan disini mengutamakan buku-buku bahasa Melayu, maka karya-karya besar milik A.Samad Said, Pak Sako, Shahnon Ahmad, Isa Kamari, Faisal Tehrani dan tak lupa Noor Suraya menjadi pilihan aku dalam usaha menjadikan buku selain daripada tv dan smartphone, sebagai a must dalam kehidupan mereka. Aku juga menggalakkan anime dan manga didalam kempen bahasa jiwa bangsa aku, sebab walaupun berbeza material dan isi kandungan, tapi leluhur mereka tetap sama: mereka cintakan bahasa dan jiwa mereka. Di Jepun, manga dan anime ditonton dan dibaca tanpa mengira usia, dari usia budak kencing bersepah hinggalah ke atuk-atuk yang dah ada cucu lima. Aku percaya, inilah sebabnya mengapa Jepun kekal kreatif, kerana mereka tidak mengehadkan jenis pembacaan mereka, waima umurnya berapa. Jadi jangan pula kau hairan bin ajaib bila kau melancong ke Jepun melihat orang-orang tua disana yang sudah melepasi had umur bersara di Malaysia, tetapi masih bekerja macam orang muda. Ya, belum bersara pun pemimpin-pemimpin kita sekarang sudah nampak tua kan? Except Tun Mahathirlah. Dia model Melayu moden paling ideal dalam kempen bahasa jiwa bangsa aku. Kenalah ada contoh orang Melayu kan? Baru nampak keberkesanannya. 





Meskipun kempen aku ni agak lewat, tapi aku 100% percaya tidak ada istilah lambat, atau lewat dalam melakukan sesuatu perkara yang baik. Adik perempuan aku misalnya. Cuti sekolah selalu tak tahu nak buat apa, hari-hari tangan menekan butang sms, takpun asyik refresh, tengok ada tak orang komen atau like post dia dalam facebook, status dia dalam whats app, tengok ada orang what’s app balik tak. Ini sangatlah tak sihat, selain mudarat berjela kerana, well kau boleh bayangkan. Aku tak tahulah ini salah aku ke, silap kementerian ke menteri ke, tetapi sistem pembelajaran bahasa Melayu yang sedia ada sekarang gagal menjadikan adik perempuan aku sebagai warganegara yang cinta akan bahasanya. Uat ape teww, ayang ah andi ke eluum, sapew tew, ye keww, uat kat aner, dan sebagainya. Euwww.  Aku marahkan dia, tapi aku lebih marahkan diri aku, dan juga sistem yang kita gunapakai sekarang. Sepatutnya pembelajaran bahasa dijadikan lebih fun, tetapi sekolah menjadikan bahasa Melayu itu pelajaran yang lesu, lembam, boring tahap wahid dalam kelas. Zaman aku dulu, cikgu aku mengajar cerita-cerita hikayat secara mendatar,straight ikut buku. Hikayat Khoja Maimun, inilah satu-satu nya cerita hikayat yang aku betul-betul minat. Kisah si burung bayan berhelah dengan satu demi satu hikayat, supaya isteri kepada tuannya, Bibi Zainab tidak berpaling belakang dan curang kepada suaminya, saudagar Khoja Maimun. Jujur cakap, seingat akulah, untuk zaman aku tak ramai guru Melayu yang betul-betul mengajar aku apa rasanya menjadi manusia yang hebat Melayunya. KOMSAS ada, tapi macam tak ada. Aku belajar, tapi macam, macam ah sendiri fahamlah. Asal lepas periksa pun dah cukup- yes, that kind of thingking which I’ve carried during that times. Unta-unta mesti akan cakap kan, belajar mana boleh harap cikgu saja, tak acilah. Yang susah-susah, tugas mendidik anak Melayu bagi dekat cikgu. Habis emak ayah buat apa? Aku pun unta-unta. Aku pun fikir macam itu juga. But you see unta-unta, aku datang dari family dimana buku-buku, dan ilmu pengetahuan yang tak berkaitan dengan prospek makan gaji tak menjadi perhatian. Emak dengan ayah aku pentingkan nombor; nombor berapa aku dalam periksa, berapa A yang aku dapat dalam periksa, cemerlang atau tak kertas ujian aku. Sebab kalau aku tak ada A, tak dapat nombor satu, aku tak mungkin, dalam fikiran merekalah, boleh menolong ayah aku ringankan beban susah-payah keluarga. My point here is, masyarakat kita terlalu pentingkan standard periksa atau exam, too much exam oriented sampai kita tak peduli pada perkara lebih mustahak, pada pembawaan Melayu hari ini yang ke kiri-kanan, pada pembawaan Melayu hari ini yang lebih suka berperang(kisah-kisah bangsat politik, cerita dalam spender Renoma atau bra Triumph artis-artis, soal artis-artis mencalat, atau berkisahkan kelangsungan Melayu tetapi aku tak nampak apa solution pun pak-pak VIP kita buat atas nama menyelamatkan Melayu. Lagi berpecah adalah)sesama bangsa- sedang bangsa lain sedap-sedap memanjat dunia. Dan aku mengaku, aku sendiri pun tak sehebat mana, cuma tahu kompelin, kompelin dan kompelin. Unta marhaen macam aku ni tak mampu nak menyumbang sangat. Unta marhaen macam aku ni memang hanya tahu kompelin, kerana tangan dan kaki aku terikat dengan banyak jiwa, terpasung dengan banyak amanah dan tanggungjawab yang mana jika aku coba-coba menjadi manusia songsang, coba-coba melawan deras arus sungai, maka yang lemasnya bukan aku seorang, banyak lagi jiwa selain jiwa aku seorang. Maka jadilah aku unta penakut, baling batu sorok tangan, tapi masih menadah tangan, sebab kalau aku tak tadah tangan, mulut aku still nak makan, still nak tidur atas tilam sedap-sedap, dan aku si unta, takut kebulur mati kering tak makan. Aku kebulur mati kering seorang tak apa, tapi kalau bersangkutan dengan jiwa-jiwa yang lainnya- itulah yang aku tak boleh nak hadap.  Jadi apa kaitan dengan Mt.Fuji? Tak ada pun. 

Wednesday 8 January 2014

Aku Tak Ajar Manusia yang Bernama Aku Menipu.

Dalam tak bunyi? Deep kan- sedeep Johnny Deep yang karam dilautan. Aku tak tipu. Aku tak ajar diri menipu, melainkan perkara yang aku terpaksa berdepan itu ternyata memudaratkan, ataupun boleh mengaibkan mana-mana insan yang hidup dan bernafas disekeliling aku. Speaker aku kuat, aku jenis yang berterus-terang, biasanya kalau aku tak puas hati, aku akan luahkan segala muntah dan cacing menyampah dan busuk hati aku itu-saat itu juga. Selalunya bapak aku jadi mangsa. Apa saja hal yang mencuit biji mata aku, yang dilakukan bapak aku( taklah aku marah sampai naik berdosa pula) seboleh-bolehnya aku akan pastikan bapak aku mendapat buah cilinya jam-jam tu juga. Tapi buah-buah cili yang aku beri-biasanya untuk memastikan kebajikan bapak aku terpelihara, disamping aku tak lupa untuk mengampu dia balik selepas aku berlakon marah-marah tu( jangan coba-coba tidak mengampu selepas kau mencantas bapak kau sendiri, pedih bersalahnya lain macam). Selalu juga method of mengampu aku itu terdiri daripada:

1. Bertanyakan apa yang sudah berlaku terhadap kawanan kuda belang yang dikepung oleh sekawan singa betina Serengeti di  Nat Geo Wild, saluran 551- aku dah tahu dah apa jadi dekat kuda-kuda itu, aku saja buat-buat concern. cari bahan berborak.
2. Bertanyakan apa lauk yang dia nak makan hari itu-padahal aku dah tanya dah malam sebelum itu. Tapi sebab mulut aku cabul, brengsek tak sayang tuan, maka untuk kesepuluhnya aku tanya lagi soalan yang sama. Biar dia terharu sikit.
3. Masa waktu duduk-duduk dengan dia menonton tv- buat-buat mengibas apa yang patut atas badan dia, atas kepala, atas selimut dia, atau atas mana-mana yang aku rasa patutlah. Ini aku jujur. Selalunya aku buat dengan ikhlas. Aku cuma nak bagi pedoman dan panduan saja.
4. Sekali lagi, bertanyakan pada dia tentang isu-isu penting yang berlaku didalam isi rumah-misalnya adik bongsu aku tengah buat apa, atau tanyakan ada tak siapa-siapa yang membuat panggilan ke telefon bimbit dia( ini jarang, dalam satu hari itu paling bangsat pun kurang dari 5 panggilan yang diterima), atau bertanyakan pendapat atau pandangan dia terhadap satu-satu isu baik politik, animal planet atau hiburan yang sedang melintas di kaca tv- ini paling best, sebab biasanya inilah punca yang membawa kepada pertikaman lidah antara bapak dan anak, iaitu antara aku dan dia.
5. Ini last, tak perlu bagi banyak-banyak. Saudagar yang handal dan berwibawa adalah mereka yang kedekut, memberi kulitnya saja, isi-isi biar unta-unta yang cari sendiri. Ini adalah ibu kepada segala step by step yang aku jelaskan diatas tadi. Pandangan mata yang ikhlas, senyuman yang ikhlas, ketawa yang ikhlas, gerak badan yang ikhlas, renspons antara bapak dan anak yang ikhlas, pendek kata-segalanya ikhlas. Inilah teknik-teknik mengampu aku selepas penat cantas-mencantas dua beranak. Betul. Aku tak tipu.




Maaf, melalut dengan kisah keluarga. Aku tak dahagakan populariti dengan menagih kisah keluarga ya unta-unta, sekadar berkongsi. Keluarga adalah contoh paling rapat. Setiap mereka yang bernyawa, asalnya adalah keluarga. Keluarga adalah wajah kita, yang kita kelek ke hulu ke hilir, setiap jam, setiap ketika, sepanjang hayat kita. Itu adalah pandangan aku- sebab aku akan marah pada sesiapa yang mungkir pada keluarga. Janji kita kepada keluarga ibarat berjanji dengan Allah, kerana kita terpelihara dengan adanya rahmat dari Allah keatas kehidupan berkeluarga. Damai dan ikhlas keluarga kita, insyallah segala cinta dan impian yang datang dalam setiap penghidupan kita, juga adalah damai, dan mengikhlaskan- bagi setiap hidup dan nafas untuk setiap ahli keluarga.

Monday 6 January 2014

Patah hati. Atau patah kaki. Atau dua-dua.



Tapi aku rasa patah dua-dua kot. Entah. Patah hati itu biasalah der, bumi mana tak ditimpa kencing kucing kan? Tapi patah kaki  ni tak ada kaitan dengan aku pun. Patah hati pun tak ada. Memang tak ada kaitan apa-apa. Petang-petang ni, wire-wire aku kebanyakkannya akan short sikit, biasalah kurang oksigen. Tapi hari ini mood aku tak berapa baik sikit, aku nak bercerita tentang patah. Iya, sedangkan patah tempurung unta di seberang padang pasir pun boleh aku pandang, inikan pula patah jarum didepan mata. Itu pun tak ada kaitan. Aku suka-suka nak tulis. Tetapi sebenarnya ungkapan sampah yang aku taip dekat atas perenggan tu sebetulnya adalah kebodohan; aku ada 2 report yang perlu aku submit minggu ini, dan malangnya, despite the fact yang aku ni budak baru, aku langsung tak takut dan sebaliknya mengambil keputusan untuk mengular. Mood aku dah ke longkang. Otak aku tak cukup oksigen, dan hasilnya dengan semangat kerja dan sifat tawaduk aku sekali ke laut. Terima kasih dunia, kerana menciptakan formula-formula report yang boleh tahan celaka complicatednya, dan thanks juga kepada IQ aku yang bawah angka seratus ni, hatta sikitpun aku tak boleh nak comprehend apa sebenarnya report-report yang aku kena buat. Unta-aku aku pun tak boleh nak tolong. Sudahnya, aku buat keputusan sendiri. Esok kan masih ada? Bukannya tiada lagi hari esok kan nak buat kerja, nak pura-pura tunjuk rajin, kononnya aku paling wahid buat kerja-kerja admin dalam ofis ni. Iya, tolong muntah untuk aku wahai unta-unta sekalian. Sebab tuan kamu, si saudagar ini akan bernasib malang 2 hari kemudian, apabila Chief Finance Officer aku tadah tangan minta soft copy report, dan aku secara tulusnya mungkin tak dapat nak menyiapkannya on time.  Si Melinda akan menjerit pada aku dengan efek khas jeritan darjah pertama, dan aku pula akan merasa efek khas malu kepada teman-teman sepejabat darjah kedua-sebab aku tak kisah orang nak jerit-jerit pada aku dan kedua, aku jarang lama-lama nak malu kena jerit ni. Tipu kau buat apa? Ingat zaman harga RON 95, gula pasir 1Malaysia, tol PLUS dengan pensel Faber- Castell budak-budak sekolah tengah naik ni aku nak tipu kau? Unta-unta bolehlah aku nak tipu. Kan?

Monday 30 December 2013

Dear Love.

Salam wahai unta-untaku sekalian. Apa? Tak dengar. Cakap kuat sikit. Apa dia? Apa? Ouh aku jiwang? Siapa kata? Ouh tajuk diatas tu ya? Aku nak buat pengakuanlah ni. Aku buat benda bangang hari ini. Aku curi gambar dear love. Dengar tak? Aku menceroboh dan mencuri gambar dear love. Iya iya, hari ni tolonglah bersedih untuk aku wahai unta-untaku. Tinggal sehari kot iya pun. Tahun depan, aku nak lupakan dear love. Gambar yang aku curi itu cuma sekadar memento pada aku, memento daripada dear love. Lantaklah unta-unta oi. Kau nak muntah ke, berak cair ke, hingus berlendir sampai ke lutut ke bila aku panggil dia dear love. Haram kutu babi aku tak hairan. Aku pun boleh jadi jiwang tahu kadang-kadang. Kadang-kadang hati aku pun nak jadi taman astakona, kadang-kadang aku rasa nak jadi macam burung-burung-yang menangis dalam hujan. Kau unta-unta apa tahu? Malam-malam aku sedih rindukan dia, asyik pandang facebook dia, asyik stalk gambar-gambar dia, kau unta-unta apa tahu? Pfffft mother dia!

Aku kalau frust nak jadi wonder woman. Sambil nangis-nangis, boleh pakai seluar dalam. Haha! Happy Mondayfucked! semua.

Thursday 26 December 2013

Selamat Pagi Jumaat Unta-untaku sekalian.

Iya iya selamat pagi. Pukul 9 aku dah sibuk nak berblogging, mesti menyesal mana-mana tauke yang hire kuli macam aku kan? Tapi nak buat macam mana, aku dah mula bosan start masuk kerja pukul 7.55 minit pagi tadi. Iya, di sini tak ramai sangat umat yang nak layan unta bedebah macam aku ni, menyesakkan diafragma kata orang dulu-dulu. Sayugia diingatkan, disini ada rutin senaman ya unta-unta sekalian. First day aku terpana, well sebab half-breed macam aku ni jarang nak bersenam, kadang-kadang tu kawan aku datang merayu ajak pergi bersenam sampai mencengkam kepala lutut, belum tentu aku bagi can lagi. Dan 2nd day tu aku dah mula absorb, and aku dah start thinking yang senaman ni tak adalah teruk sangat, lagipun fun juga. Aku dapat peluang untuk enjoy lagu Chibi Maruko Chan yang menjadi theme song tiap-tiap pagi, untuk 5 minit setiapkali aku bersenam,dari senin sampai jumaat. Kan happy dan ceria tu? Walaupun nampaknya hanya aku seorang si unta bedebah yang enjoy lagu kartun Chibi Maruko Chan kepala besar tu. Hebat kan aku? Baiklah, dipagi penghulu segala hari ni aku nak post satu lagi sajak. Iya, aku tercipta sajak accident ni during my damn sleepy working hours last week. Aku sangat mengantuk, terlelap sampai aku mimpi terjatuh ke dalam lubang hitam. Unta-unta sekalian mesti pernah rasa kan? Bukan aku suruh encik-encik unta jilat mimpi tu, maksud aku mengalami pengalaman bermimpi sampai terjatuh dalam lubang tu. Kadang-kadang tu lepas jatuh, sayupnya terasa lama, seolahnya aku terhempas betul-betul; even to the extent aku menjerit betul-betul serupa bolong dalam mimpi aku tu, cuma suara tu tak keluar, melekat dalam dada sexy aku ni. Dan tak semestinya kena jatuh dalam lubang, sometimes aku mimpi terjatuh dari atas jambatan, terjun dari atas bangunan, melompat dari atas busut semut gila pun pernah. Tapinya, aku tak pernah susahkan diri aku untuk bertanya dengan mana-mana unta apa maknanya mimpi terjatuh dalam lubang tu. Malas. Unta Melayu macam aku ni kan kaki paranoia,  dibuatnya mana-mana unta tu cakap petanda mimpi terjatuh dalam lubang tu maknanya aku bakal terjatuh ke dalam pelukan Mr. Arrogant, Tauke Telajak Laris , ataupun Rosnah Mat Aris, tak ke merosakkan hidup perawan aku namanya tu. Baiklah, kembali ke sesi puisi aku balik. Jauh dah aku melalut ni, dari tadi aku tunggu, haram seekor unta pun tak nak baling kapur suruh aku diam kan. Judul sajak sampah aku pagi ini; Tidur. Iya, dulu budak-budak sekolah menengah aku panggil aku 'tidur'. Sebabnya; akulah mamalia yang paling kuat berendam dengan air liur basi aku lebih daripada buku-buku sekolah aku, pada waktu itulah.Sekarang, akulah mamalia terhebat pernah disaksikan dan dibesarkan oleh mak dan ayah aku, abang ipar dengan adik-adik ipar aku, juga adik-adik dan jiran-jiran sebelah rumah aku. Kau ada unta-unta?

Tidur

Tidur,
Adalah satu pekerjaan,
Kalau tak dijalankan,
Badan bagai nak pitam,
Dan otak kepala,
Boleh jadi gelap keseluruhan.

Tidur adalah nikmat,
Umpama dua tubuh laki-laki dan perempuan,
Yang melekat,
Dan seperti disorongkan bantal,
Mata naik bernafsu dan menggoda,
Lalu akhirnya asyik tenggelam, diulit dalam terpejam.

Tidur itu wahid,
Bila mata sudah melolong kerasukan,
Bila badan serasa rebut bergoncangan,
Bila tulang-tulang rawan yang sekian,
Sibuk ikut bertumbuk dan bergasakkan,
Maka hukum melelapkan mata itu wajib,
Malah haram bila dilalaikan,
Dan anak-anak,
Cucu-cucu atau jiran-jiran sebelah tangga,
Atau emak-emak saudara,
Dihulu atau dihilir kampung,
Menjadi korban pesta berdarah,
Saat Yamaha LC atau Avanza,
Remuk bersepai, redam berkecai,
Apabila ditarik oleh JPAM dan bomba,
Dari bawah perut Hino atau Tata tua,
Sarat dengan pasir-pasir dan batu-bata.

Oleh itu anak bangsa,
Sebelum memandu,
Yang mustahak mata sihat dahulu,
Kemudian,
Barulah anak-anak hendak berangan,
Mahu memeluk stereng,
Mahu menarik handbrake,
Mahu menekan clutch,
Atau memasukkan gear,
Atau kesemuanya!

Kissh me, kissh me please kemon kemon my swiit little untas! Ouh you're swiit littleeee naughty!Ahem. Most of the time kebanyakan unta-unta aku memang macam ni, syahwat lebih sikit. Ikut Saudaga Sauud. Pak Arab kan? Padang pasir kan? So penis memang lebih hangat daripada biasa.





Wednesday 25 December 2013

Aku tak tipu. Aku bosan, tahap gaban.

Maaflah. Atas nama gilakan glamor dan perhatian, aku buat entry baru lagi untuk hari Khamis yang penuh dengan nafsu ni. Ya benar, semua orang dalam office sebesar kandang kuda ni ada kerja masing-masing, kecuali aku. Keparat, berani betul aku makan gaji buta kan? Dari tadi aku begging akak superior tu, minta dia bagi aku kerja. Tolong gantikan Kak Sunanti cleaner tu pun tak apa, asalkan aku tak mengadap pc, kunun-kunun ada kerja, sedangkan dari tadi kerja aku asyik tengok gambar artis-artis retis, tengok buah dada, tengok pangkal peha, tengok ah tak kisahlah apa benda, yang penting tayang buah dada. Kemuncak keboringan aku sampai selepas makan nasi lauk ayam goreng dengan sayur pucuk paku tengahari tadi; aku tak tau macam mana nak bersosial dengan rakan-rakan sejawat aku. Mother dia, dah seminggu aku pulun kerja, tapi aku cuma manage to grab 2 orang anak dara, 2 orang bini orang, 1 orang auntie India, dan 1 orang budak despatch baru lepas umur lesen sebagai kawan gebang aku. This is not me beb. Aku orangnya mesra, dan biasanya 1 minggu tu, aku dah berkawan dengan satu bangunan. Hell man hell. Mungkin sebab cara aku kampung, mungkinlah kot. Tapi biasanya stail mulut Bedah vs Jemah aku ni formulanya selalu menjadi, nak-nak dengan anak dara bawah umur 25 tahun. Ngam sangat, macam batu lesung dengan mangkuk lesung. Ya, SPA limit ramah mesra aku adalah 50tt, jadi bila aku duduk berkawan dengan kerusi goyang ni sejak 4,5 jam yang lepas buat aku terfikir; takkanlah aku boleh jadi seloser ni? Takkanlah darah-darah dan gen kenogorian aku sebangsat ini? Tak, tak mungkin. Bibir munggil aku ni tak pernah memalukan tuan, dan tubuh badan aku yang montok Ezette ni tak pernahnya fail menjulingkan mata mana-mana mamalia. Arghhh, mana silapnya mana? Aku patut berhenti, ambil masa buat yoga sekejap. Mungkin jawapannya ada pada Deepika atau Kangana, ataupun pada John Abraham yang aku akan jumpa kejap lagi di alam pra-simulasi yoga aku nanti. Nanti, ya nanti aku tanyakan.


 
 
 
Mungkin juga aku boleh tanyakan Shashi Kapoor. Kenapalah dia tak pakai seluar dalam kuning and then tarik seluar dalam tu sampai nampak pangkal punggung macam John Abraham masa dia berlakon Aag Gale Laj Jaa dulu? Please hate me, aku betul-betul nak tahu kenapa.